Wednesday, August 1, 2012

27th July 2012

27th of July 2012
Perginya  seorang insan yang  ku kenali sebagai "Chik" buat selama-lamanya..
Insan itu sangat bermakna buat ibu.Insan itu adalah 'Chik',adik kesayangan ibu..
Dua orang meninggalkan ibu pada hari yang sama.
Chik meninggalkan ibu untuk pergi menghadap Sang Pencipta.
Aku meningalkan ibu di kampung untuk kesekian kalinya setelah cuti semester tamat.
Kedua-duanya pergi pada hari yang sama.


Di saat Chik meninggal ibu berpesan,dengan deraian air mata dan esak tangis yang dapat kudengar tika suara sedu sedan ibu bergema dihujung talian.Pesanan ibu itu cukup terkesan kali ini,sehingga ia terngiang-ngiang dibenak kepala tanpa henti,pesanan itu cukup sayu hingga menyebabkan air mata yang tertahan akhirnya tumpah jua.Saat Chik meninggal,ibu sedar,dengan sebenar-benar kesedaran,betapa dirinya tak betah lagi mengejar sang duniawi,dengan air mata penyesalan kerana merasakan seluruh hidupnya diabdikan kepada sang duniawi,sedang akhirat kerap dilupa.Ibu menyalahi dirinya.Katanya, dia gagal,gagal sebagai seorang pendidik,gagal sebagai seorang ibu,walhal ibu yang aku kenal itu sudah cukup solehah dimataku,tapi masih hatinya berkata ia gagal sebagai seorang pendidik.

Di saat Chik meninggal,ibu sedar dirinya hanya fakir yang tidak berharta apatah lagi bekalan untuk bertemu dengan Sang Pencipta kelak,walhal ibu yang aku kenal itulah saban hari tidak pernah putus beribadat,ibu mengaji,ibu solat sunat,ibu baca quran semerdu yang boleh,sehingga rumah kosong kami bergema dengan alunan bacaan Quran dari ibu,ibu itu jugalah yang sentiasa tidak putus mendoakan anak-anak dan suaminya,ibu itu juga lah yang begitu tegar untuk tidak menitiskan sebarang air mata tatkala rumah yang selama ini mejadi tempat berlindung hangus tanpa sisa meninggalkan keluarganya sehelai sepinggang,ibu itu bangun disepertiga malam untuk sujud menadah meminta kasih dan keampunan dari Yang Esa,dan ibu itu jualah yang merasakan dirinya gagal sebagai seorang ibu dan pendidik.

Tidak bagiku ibu.Kau insan terbaik dimata hatiku,selamanya dunia dan akhirat.InsyaAllah,akan ku pegang pesanan dan amanatmu hingga tiba saat dimana malaikat maut datang untuk menjemputku..

 “Wahai tuhan kami, berilah keampunan kepadaku dan kepada kedua ibu bapaku dan kepada semua orang mukmin pada hari terjadinya hisab.” (Surah Ibrahim, ayat 41)

Firman Allah bermaksud: “Dan hendaklah engkau merendah diri kepada kedua-duanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka) – ” Wahai tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka telah mencurahkan kasih sayangnya dengan memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Surah al-Isra’, ayat 24)