Monday, March 11, 2013

Sebuah nasihat untuk diingati~~

Hatimu itu milik Allah. Maka segala kesedihan, kesakitan dan kepiluan yang dirasakan oleh hati, pulangkanlah kepada Allah, kerana sesungguhnya hanya Dialah yang Maha Menyembuhkan segala yang kau rasa itu.

Pulangkan kembali hatimu kepada Dia, pasti tidak akan engkau kecewa dan terluka lagi.

Erti hidup pada memberi. Selagi masih bernyawa, jadilah insan yang bermanfaat, yang mampu menyumbang meskipun sedikit.

Wahai Pemilik segala kekuatan, kurniakanlah kekuatan agar dapat melangsaikan segala amanah yang ditaklifkan. Berikanlah keupayaan untuk melayani dan memberi perhatian serta memenuhi hak yang sewajarnya terhadap setiap perkara yang mendatang.

Terimalah amal-amal kami ini, meski sedikit dan penuh dengan cacat dan celanya. Rabbi yassir wala tua'ssir

Biar sesakit mana hati dilukai,
Biar sebenci mana kebencian diberikan,
Biar sekuat mana tuduhan dilemparkan,
Biar sebanyak mana kata-kata dusta diberikan.

~ Hati ini tetap tegar berkata niatku adalah kerana Allah semata-mata dalam memberikan tiap-tiap satu perkerjaanku dan matlamatku adalah untuk syurga bersama mereka ~


~♥♥..Tiba-tiba, aku berasa TAKUT jika hidupku ini hanya dipenuhi dengan sia-sia..aku takut jika MATI nanti dalam PENYESALAN, kerana akal fikiran asyik mengatakan bahawa mati itu lama lagi dan kita hanya memikirkan diri kita yang masih muda dan sihat..walhal Allah jika ingin MENGAMBIL, bila-bila masa sahaja dari sekarang..♥♥~

✿~ Mengapa kita MENCINTAI dunia lebih dari akhirat?
✿~ Mengapa kita mencintai manusia lebih dari Allah?
✿~ Mengapa kita asyik memikirkan PENGORBANAN kekasih hati dan kawan-kawan, tetapi tidak berfikir langsung tetang PENDERITAAN Rasulullah yang berkorban demi umatnya hingga ke akhir hayat beliau?

>>> Ya Allah, sesungguhnya aku MENZALIMI diriku sendiri..:(



~~copypaste~~