Saturday, August 14, 2010

Mengintai cinta dari kamar al-Khalifah..

Jangan sesekali kau memetik bintang cinta dari langit kegelapan
lalu kau sematkan ia dalam hatimu yng majhul hakikat,
kerana ia akan membawamu ke lubang zulmat.

Jangan sesekali kau menyeru kata rindu tanpa kefahaman
dan melagukan mantera kasih tanpa tujuan ,
kerana ia akan menjadi taufan yang meruntuhkan tugu keperibadian
yang sedia berdiri atas tapak pekertimu.

Cinta itu seperti titisan jernih air hujan
yang perlu ditadah dalam bekas suci,
ditatap atas piring agama
hingga memahamkan dirimu hakikat tuhan.

Ia perlu difahami dan diselami dengan satu erti seertinya..

Cinta itu satu misteri yang hanya mampu dibiaskan oleh nur Ilahi.

Hanya yang mengerti amanah khalifatullah
akan mampu mengutip nur ilahi
dan menyelamatkan manusia dari kebutaan cinta nafsu.

Dan seharusnya setiap lelaki menanai pekerti al-khalifah
dan menanang cinta yang terkelarai dalam wadah kebenaran.

Barulah nur Ilahi akan menerangi setiap cebisan rindu,
setiap sekelumit kasih yg mengguyur dalam jiwa manusia.

Mudah-mudahan segala sengsara duniawi yang terhasil dari mimpi-mimpi manusiawi
akan mampu diusir jauh dari realiti.

Jika engkau benar-benar mahu bahagia,
intailah cinta yang tersembunyi di dalam kamar al-khalifah.

Jika bisa kau rebut ia dengan kekuatanmu,capailah semahumu.

Mudah-mudahan resah yang kau tanggung,
pilu yang kau usung,
pedih yang mengkurung akan sirna dari lubuk kalbumu
lalu kau perolehi damai abadi....

No comments: