Monday, March 7, 2011

Muhasabah diri kejap~~


"Apabila dirimu melihat hambaNya yg lain yang tidak diberi kekuatan untuk mematuhi PerintahNya, maka bersyukurlah kerana dirimu telah diberi kekuatan tersebut. Ingatlah tiada daya upaya melainkan daripada Allah.

Lantas bukan kritikan yang membuntukan yang diberi. Tetapi, seharusnya pandangan kasih sayang. bagaimana melakukan pandangan tersebut? dengan melihatnya sambil membisik kepada dirimu sendiri,
Ya Allah, Yang Maha Penyang. Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi belas kasihan kepada hamba-hambaMu. Sayangilah dia (bentuk kasih sayang seperti petunjuk dan hidayah yang tidak putus2) dan diriku seperti mana Engkau menyayangi KekasihMu. Peliharalah kami daripada menjadi golongan orang yang rugi..

Didiklah hati untuk mendoakan orang lain. Hatta orang itu tidak kita kenali."

kata-kata yang dipetik dari seorang sahabat..
sangat terkesan di hati..
lantas cuba menginsafi diri,,
moga aku tergolong dalam golongan yang diberi hidayah dan kekuatan
untuk terus mentaatiNya..
amin..

2 comments:

Nurul Jannah said...

betul2. kite kene didik diri kite supaya sentiasa doakan org laen kan. baru hati tak mati. same2 kite berubah :)

pengemis cinta ilahi said...

insyaAllah:)