Wednesday, April 20, 2011

menghitung hari,,

menghitung hari untuk pulang ke rumah,,
akhirnya berakhir jgk statusku sbg freshie di ukm ni,,
next sem dah 2nd year:)
sepanjang dua sem di ukm kl ni,terlalu banyak yang telah dipelajari,
dari fizik,anatomi,fisiologi,biokimia,hubungan etnik,tamadun islam dan asia tenggara,pengurusan emosi,academic communication,psikologi,pengurusan masa,pengurusan emosi,,etc,,

tu semua subjek akademik,most of all,xlupa juga ape yang ak belajar tentang "kehidupan"
realiti kehidupan itu sendiri dimana ianya dapat dilihat dan dirasai di bumi ukm ni,,
pertama kali datang,bagaikan orang asing,,lambaian um seolah2 memanggil tetapi apakan daya diri sudah terikat dengan rantai besi di bumi ukm,,hidup diteruskan dengan realiti ukm dihadapan bersama dengan segala kenangan silam di um yang masih cukup segar di ingatan dan tidak pernah luput walau sekelumit jua.Itu la hakikat yang pertama.

Hakikat yang kedua,meneruskan hidup dengan keberadaan jasad di bumi ukm walau hati melayang-layang di um.Sukar sekali untuk menyesuaikan diri apabila jasa dan jiwa tidak seiring,apatah lg bila harapan yang menggunung terhadap ukm nyata hanya tinggal harapan,Indah khabar dari rupa.Tidak dinafikan,ada sesetengah part di mana ukm lebih baik namun itu semua tidak bermakna apabila dibandingkan dengan nilai seorang sahabat yang tidak dapat ku temui di sini,rasanya benar bila aku katakan di bumi ukm ini aku mulai melihat realiti kehidupan dari kaca mata yang sebenar,persepsi ku mulai berubah,ternyata hidup di dunia ini tidak seindah yang aku alami sebelum ini..ini lah hakikat sebenar dunia yang baru aku kenali dan rasai dan untuk pertama kalinya aku jatuh tersungkur berulang kali didalam dunia persahabatanku yang selama ini sangat aku agung-agungkan.

Aku jatuh Ya Allah,aku bangkit dan jatuh lagi,,
Namun aku tidak berputus asa,aku bangkit lg,,
Malangya aku jatuh lg,dan aku bangun lg untuk kesekian kalinya
bertemankan kudrat yang masih bersisa,
Jika aku jatuh lg selepas ini,apakah aku masih punya kekuatan untuk bangkit??
Aku tak ingin jatuh lg.jika aku jatuh sekalipun aku akan bangkit bertatih mahupun merangkak,
aku akan bangkit,kerana aku tidak mahu selamanya aku jatuh tersungkur,,

Namun di setiap kali kejatuhan itu,aku bangkit dengan semangat yang berbeza,
Ya,setiap kejatuhan itu telah membuat aku bertambah kuat,
Kekuatan yang hanya dirasai apabila aku jatuh dan cuba mengumpul kembali kudrat untuk aku bangkit,
Wahai HAti sabarlah dikau,
Sesungguhnya engkau telah bertambah kuat!!!

(to be continued......)



No comments: